Thursday, 17 November 2011

Cinta Nafsu Syaitan


1. salam.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy
prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk
jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..
i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer..
awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..
mcm x special plk diri sy utk
awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi
ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan..
just panggilan je..thanks syg..
love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni
mcm x prcaya bi je. Yela, bi just
tanya syg pkai apa je kan ..
tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .
hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi,
syg la pmberi semangat utk bi...
yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek..
jgn risau..inikan
membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. .
bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,
leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq
yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..
abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm
hubungan..la iqra hafiddin..hehe. .
sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket..
nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?...
syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai
tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn syg x cntk..
just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je..
nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td..
abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp
syg eh, trsentuh xpe..TER..
hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la..
Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe..
Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je..
senang la kita jumpa pasni..
tgk..Allah memberkati hubungan kite..
syg solat dah ke? Doakan abg
skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya..
syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?
50% je... huhu..yang. .
just nk tanya..rambut syg panjang x?
just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr
syg special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye syg..gambar ni nak wat
wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,
abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan
syg...


18. Syg..da lame kita couple kan..
xkan abg pegang tgn pun nak
marah.. Syg kan milik abg..
Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati..
kalu gitu..apa buktinya
Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne...
cube check balik dgn doktor...
xkan sekali buat dah mengandung,
check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,
utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan
kandungan tu... gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda
yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!!
jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan
bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik
tu, abg malu klu terserempak dgn family or member,
malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg
besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung...
kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu..
bukan masalah aku.. lantak kau la...
bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau..
kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt??
aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk..
xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..


ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...

Tuesday, 15 November 2011

Sila Jaga Kebersihan anda




Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.


2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina 

Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.


Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam

Debat Seorang Pelajar Madrasah dan Seorang Negro Kristian

Pada suatu hari, seorang pelajar Madrasah Darul Ulum Zakariyya, South Africa, Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) telah ditegur oleh seorang pemuda Negro di dalam van. Ketika itu, mereka baru pulang dari pekan. Berikut adalah dialog yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang berlaku antara mereka.

Pemuda Negro: Hai !

Ibnu Batoota: Hai, apa di atas? (terjemahan; what’s up?) 


Pemuda Negro : Saya sihat. Kamu?
Ibnu Batoota: Saya pun sihat.

Pemuda Negro: Kau belajar lagi? Belajar di mana?
Ibnu Batoota: Ya. Di Zack Park (Madrasah Darul Ulum Zakariyya)

Pemuda Negro: Apa yang kau belajar di sana? Selepas habis belajar nanti nanti kau boleh kerja apa?
Ibnu Batoota: Aku belajar agama berkaitan agama aku, iaitu Islam. Setelah habis nanti, saya mungkin jadi pemimpin agama, ulama, macam paderi (priest) bagi kamu. 

Pemuda Negro: Oh? Jadi, kau akan bekerja di gereja? 
(Mereka panggil masjid orang Islam sebagai church)

Ibnu BatootaWell, not really. Boleh juga hendak kerja di bank (penasihat syariah / perbankan Islam), sekolah dan tempat-tempat lain tetapi kebanyakannya jadi ulama.

Pemuda Negro: Oh ! Jadi, kau akan dipandang tinggi oleh masyarakat nanti?
Ibnu Batoota: Mungkin. 

Pemuda Negro: Jadi, kau kena berhati mulia, ambil tahu hal semasa dan masyarakat dan kena bantu masyarakat kerana mereka akan anggap kau pemimpin mereka.
Ibnu Batoota: Islam telah ajar semua itu kepada semua penganutnya tidak kira ulama atau orang awam, memang kami kena saling tolong-menolong (ikramul muslimin)

Pemuda Negro: Kau percaya Jesus? (p/s: Dia sudah mula hendak berdakyah)
Ibnu Batoota: Ya, aku percaya Jesus, tapi bukan seperti yang kau percaya.

Pemuda Negro : Kenapa? Apa bezanya kita? Kita percaya pada Tuhan yang sama, tapi kenapa kita mesti berbeza dan bergaduh? (p/s: Ayat perangkap)
Ibnu Batoota: Kami percaya Jesus sebagai Nabi, bukan anak Tuhan!

Pemuda Negro: Aah! Macam mana kau tidak percaya yang dia anak Tuhan? Dia lahir tanpa bapa dan boleh buat macam-macam mukjizat (miracle), dia boleh buat burung dengan tanah dan hidupkan. Dia juga boleh sembuhkan orang yang sakit.
Ibnu BatootaWait! Wait! Wait! Bagi aku cakap pula. Aku mahu tanya kau sesuatu, boleh?
 
Pemuda Negro: Very well. Apa dia?
Ibnu Batoota: Kau kata Jesus anak Tuhan hanya kerana dia lahir tanpa bapa?

Pemuda Negro: Yes!
Ibnu Batoota: Adakah ada sebab lain?

Pemuda Negro: Hmmm (berfikir). No!
Ibnu Batoota: Jadi kenapa kau tidak sembah Adam dan Eve (Nabi Adam dan Hawa)? Mereka wujud tanpa ibu dan bapa. Mereka lebih layak dijadikan Tuhan berbanding Jesus?

Pemuda Negro: Err.. 
That’s a tough question (soalan yang sangat sukar)


Ibnu Batoota: Jadi, tidak boleh jawablah?

Pemuda Negro: Hmm, aku rasa, mungkin sebab Jesus 'dilahirkan' tapi Adam dicipta. So, it’s different!

Ibnu Batoota: Kalau beza pun kenapa? Tuhan cuma satu dan seperti mana Dia ciptakan Adam tanpa ibu bapa, macam itu juga dia cipta Jesus tanpa bapa. Jadi, kenapa kau suka-suka saja kata Jesus anak Tuhan?

Pemuda Negro: Bible yang cakap dia anak Tuhan. Kau tidak baca Bible?
Ibnu Batoota: Bible yang mana? (Dengan nada mengejek sebab Bible ada banyak versi dan masing-masing bercanggah. P/s: Sebenarnya, ia bukan kitab tetapi sekadar buku)

Pemuda Negro: Bible versi ni (Dia sebut nama taip Ibnu Batoota terlupa namanya)
Ibnu Batoota: Jadi, Bible ini perkataan Tuhankah?

Pemuda Negro: Ya.
Ibnu Batoota: Versi yang lain, perkataan siapa pula?

Pemuda Negro: Err ... Hmm.
Ibnu Batoota: ?

Pemuda Negro: Hmm. Aku rasa, kau ini seorang wali (saint). Aku ini belajar di sekolah gereja dan kami belajar mengenai Kristian tapi soalan semudah ini aku tidak boleh jawab.
Ibnu Batoota: Hahahahaha! Kalau aku kau panggil wali, mungkin guru aku kau ambil jadi Tuhan ke-4. (Kristian percaya kepada 3 Tuhan yang mereka namakantrinity)

Pemuda Negro: Mungkin aku kena bawa kau jumpa paderi aku. Kau akan dapat semua keterangan di sana. Kau akan jadi Kristian dan kita akan bersaudara, okey?
Ibnu Batoota: Aku memang mahu kau jadi saudara aku, tapi dalam Islam. Insya-Allah,  aku akan jumpa paderi kau dan Islamkan dia. Okey?

Pemuda Negro: Hahaha. Tidak mungkinlah. Sebab kami yakin Kristian adalah agama yang benar.
Ibnu Batoota :Kau kenal (Nabi) Muhammad?

Pemuda Negro: Ya. Aku mendengar mengenainya sejak kecil.
Ibnu Batoota: Bagi kau, dia siapa? Nabi atau Tuhan?

Pemuda Negro: Dia adalah manusia seperti aku, ada daging ,rmbut dan lain-lain. Tidak ada apa-apa yang istimewa.
Ibnu Batoota: Jadi, adakah Jesus seorang makhluk asing (alien)? Tidak ada rambut, daging dan lain-lain?

Pemuda Negro: Hahaha...bukan...maksud aku, dia tidak ada kelebihan macam Jesus... Dia tak boleh sembuhkan penyakit, cipta burung dengan tanah dan lain-lain.
Ibnu Batoota: Mukjizat itu memang diberikan kepada semua Nabi tapi dengan keajaiban yang berbeza. Solomon (Nabi Sulaiman) mukjizat dia lain, Moses (Nabi Musa) lain, Abraham (Nabi Ibrahim) lain, Yoshua (Nabi Yusuf) lain, David (Nabi Daud) lain...mereka semua adalah Nabi. Kenapa kau tak sembah mereka semua sedangkan mereka pun boleh buat benda-benda ajaib?

Pemuda Negro: Tapi ... .
Ibnu Batoota: Tapi apa?

Pemuda Negro: Hmm... Oh ya! Mereka berbeza dengan Jesus kerana Jesus lahir tanpa bapa! Mereka semua pula lahir seperti biasa!
Ibnu Batoota: Jadi, macam mana dengan Nabi Adam yang aku sebut tadi?

Pemuda Negro: Err.......hmm....(Dia fikir, kemudian senyum seorang diri). Aku rasa kau ini memang saint (wali) yang dihantar oleh (Nabi) Mohammed. Aku tak pernah jumpa orang macam kau!

Ibnu Batoota : Hah! Jangan merepek! Aku orang biasa saja, siapa suruh kau tegur aku...haha...ha...banyak soalan aku kau tak jawab. Sekarang, aku mahu tanya lagi.

Pemuda Negro: Aku akan take note dan rujuk semua ini pada paderi aku.
Ibnu Batoota: Kau sayang Jesus?

Pemuda Negro: Tentulah!

Ibnu Batoota: Jesus sayang kau?

Pemuda Negro : Mestilah ... dalam Bible cakap 'Jesus loves you'. Dia sayang pada aku dan kau.

Ibnu Batoota: Apa tanda dia sayang aku dan kau?

Pemuda Negro: Dia telah rela disalib dan mati di tiang salib untuk tebus dosa semua umat manusia sampai kiamat.
Ibnu Batoota: Jadi, kita bolehlah buat dosa sesuka hati sebab sudah diampunkan?

Pemuda Negro: Bukan! Bukan! Kalau kau buat dosa, kau kena dapatkan surat pengampunan daripada priest, priest ini wakil Jesus.
Ibnu Batoota: Habis, siapa pula yang hendak bagi surat pengampunan kepadapriest?

Pemuda Negro: Hahaha! kau saja hendak kenakan aku, ya?
Ibnu BatootaNo! Aku serius ni!

Pemuda Negro: Priest tidak ada dosa. Dosa mereka sudah terampun sebab mereka sudah serah diri pada gereja dan sanggup tak kahwin.
Ibnu Batoota: Jadi, priest boleh buat dosa sesuka hati dia sebab sudah diampun?

Pemuda Negro: Bukan. Mereka tidak buat dosa!
Ibnu Batoota: Aku selalu baca berita yang priest rogol budak dalam bilik pengampunan dan homoseks sesama priest . Itu apa cerita?

Pemuda Negro: Err ... (tersenyap)
Ibnu Batoota: Hehehe ... (gelak ejek)

Pemuda Negro: Itu gereja tempat lain. Mereka mazhab lain. Lagipun itu masalah peribadi.
Ibnu BatootaWell, kalau aku masuk Kristian, aku mahu jadi priest-lah, boleh buat dosa sesuka hati...hehe...

Pemuda Negro: Kau dah salah faham ni...agama kami bukan macam  itu...

Ibnu Batoota: Oh ya, tadi kau kata Jesus disalib. Hmm, aku terfikir satu benda la...

Pemuda Negro: Ya, apa dia?
Ibnu Batoota: Kalau dia anak Tuhan, kenapa Tuhan biar manusia salib anak dia?

Pemuda Negro: What???Wow. Aku tak pernah terfikir. Tapi aku rasa mungkin sebab itu pilihan dia, utk berkorban demi pengampunan dosa manusia sejagat.
Ibnu Batoota: Jadi, memang dia lah yang nak mati?

Pemuda Negro: Ya...msti la...dia syg kita...
Ibnu Batoota: Jd dia bkn la tuhan sb dia mati, kalau tuhan boleh mati,sapa yg nak matikan kau?

Pemuda Negro: Hahaha...itu kerja God (Allah) bukan keje ank dia....
Ibnu Batoota: Ok, tp kau tak jawab pun soalan aku, dia kn ank tuhan, knpa dia mati?

Pemuda Negro: No...dia cuma mati jasad manusia je...tp hkikatnya dia msih hdup...
Ibnu Batoota: =_=' hmpeh mamat ni (ckap dlm hati). Ok...kau ckp kau syg Jesuskan...?

Pemuda Negro: Of course...

Ibnu Batoota: Kalau Jesus ada dpan kta skrg, dia akn sokong aku ke kau?

Pemuda Negro: Mstilah aku! Aku penganut agama dia!

Ibnu Batoota: Aku pun pnganut agma dia....dia org Islam, dia pcya satu Tuhan...

Pemuda Negro: Aku tak pcya tu....
Ibnu Batoota: Dia xkan skong kau sbb kau bkn pngikut dia...
Pemuda Negro: Knpa pulak?

Ibnu Batoota: Kau pnah tgk Jesus dan Marry?

Pemuda Negro: Ya...

Ibnu Batoota: Knpa ye dia bjggut tebal, bjubah putih, rmbut pnjang mmg sbjik mcm Mohammed dan juga mcm aku (aku pkai jubh putih n bjggut).....dan knpa ye Marry pkai jubah hitam dan btdung? sbjik mcm muslimah2 kami...

Pemuda Negro: Itu pkaian mreka zman tu...

Ibnu Batoota: Jd, knpa priest pkai mcm tu?

Pemuda Negro : Itu praturan greja dan tnda mreka cintakan Jesus dan Marry, sbb tu tiru pkai mcm mreka...
Ibnu Batoota: Tadi kau ckp kau syg Jesus, tp knpa kau tak tiru mcm dia pakai??Hakikatnya aku lbih sygkn Jesus drpd kau...

Pemuda Negro: Hmm......
Ibnu Batoota: Sbnrnya bjggut, brmbut pnjang, bjubah adalah fitrah smua Nabi2 dari Nabi Adam...mreka smua dprntahkan pkai mcm tu oleh Tuhan dan ini mbuktikan knabian Muhammad sbg Nabi trakhir...buktinya,lihat lah smua muslim (org2 islam kt sni mmg majoriti bjubah n bjggut sbb jggut wajib bg mzhb hanafi dan muslimahnya bpurdah), mreka smua bpkaian dan meniru fzkal Muhammad,dan Muhammad pula sma spt Jesus sbb ia adalah trademark para nabi...(sbb tu ulama tekankn kta mengikut sunah nb, bjubah, bserban dll)

Pemuda Negro: Hmm..........aku rasa kta xperlu bhas benda ni...kta pcya benda yg sma cuma ada sdkit pbezaan je...(dia trasa sbb dia cuma pkai kemeja n jeans dan xda jggut)
Ibnu Batoota: Btul...tp msalahnya pbezaan yg kau ckp kecik tu sbnrnya besar! Jesus xmgkin jd ank Tuhan tp Nabi....Tuhan cuma satu!

Pemuda Negro : Hmm......mmg btul kau ni saint Muhammed dtg nk buat aku ragu dgn agma aku...
Ibnu Batoota: Apa plak? ...kau yg tgur aku dlu...haha...

Pemuda Negro: Hahaha. (dia gelak skali)

Ibnu Batoota: Ada satu bnda lg bkaitan crucify (salib) aku nk tnya...

Pemuda Negro: Ya.....(dia dah gelabah skit)
Ibnu Batoota: Kau ckp Jesus rela disalib utk pngmpunan umat kan?

Pemuda Negro: Ya...btul...dia pnyelamat umat...
Ibnu Batoota: Habis tu knpa dia meronta2 ktika dtgkap dan merintih mcm tak rela je bila kna salib?(sbb mgkut sjarah, Nabi Isa diangkat dan yg dbwk ke tiang salib tu org lain dan dia mjerit2 mtk dlepaskan dan mrintih)

Pemuda Negro: ..................
Ibnu Batoota What? Aku tnya je....

Pemuda Negro : Hmm......aku rasa kau btul2 kna jumpa priest aku......
Ibnu Batoota: Ok...

(Kebetulan van dah smpai dpan mdrasah dan dia mjerit kt driver sruh berhenti)

Pemuda Negro: Eh? Dah smpai dah? Aku bru nk tnya soalan dan nk mtk no telefon kau...
Ibnu Batoota : (Smbil agkat2 brg) Alaaa kau nampk skolah aku ni? haaa nanti kau bwk smua paderi kau ke sni tau...jumpa aku dan guru2 aku...

Pemuda Negro: Nak buat apa?
Ibnu Batoota: Nak Islamkan kau dan paderi2 kau....(smbil buat muka macho,kbtulan angin tgh kuat, menggerbang je tali serban dia)

(Dia pun tggalkan van tu dan bwk brangnya yang dkat 30kg sorg2 blik asrama)

-tamat- ^_^


___________________________________________________

Penulis: Mujurlah si Negro tu tanya orang yang faham pasal Islam dan Kristian. Jika dia tanya orang yang jahil, mungkin sudah terperangkap dan tak mustahil akan dimurtadkan. Berhati-hatilah, kerana pendakyah mereka sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Selamatkan iman anda dan saudara2 anda!

Monday, 7 November 2011

Hakikat akhir zaman yang disebutkan oleh Abu Hurairah

Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :
"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}
Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :
"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :
Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler)Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintuboleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}


Wallah ua'lam...

Nota akhir :
1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. LihatHuru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51

Saya ambil ni drpd blog seseorang. 

Ni link dia click sini

Korang dpt rasa tak apa yg aku rasa??
Aku hrp nnt, bila imam mahdi dah muncul, kita akn sama2 ikut dia perangi kafir laknatullah tu,
Kita rmps kembali bumi palestin...
Okeih ye korang. :D

Tidur, Rahsia smbhyg 5 waktu dan rahsia puasa.

click sini

Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz ni mmg cool dan lwk hbs.
Try korang tgk vid2 ngajar die,. mmg lwk btl.
Tak boring lgsg.

Ni ada satu vid dia, nak tgk yg lain, cari kat youtube.



Saturday, 5 November 2011

Hensem VS Soleh


Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
... ... 
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?

3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita! :)))


_COPY & PASTE FROM FB GROUP_

For Hawa..

‎~♥~Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM~♥~

Satu Soalan Buat Hawa.

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.
... ... ...
Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~

p/s : Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..~♥~ sama2 kita mnjaga ye muslimah..insyaALLAH.. ^_^ ikhlas...


_COPY & PASTE FROM FB GROUP_

Friday, 4 November 2011

30 Minit Ustaz Don

‎[Soalan]
Yuhana Ya'acob
ASSALAMUALAIKUM USTAZ, SAYA BERHAJAT UTK PUASA SOK HARI, TP SAYA MASIH TERHUTANG 3 ARI LG PUASA WAJIB SAYA, BLHKAH SAYA NIAT PUASA GANTI PD ARI SOK @ SAYA BERNIAT PUASA SUNAT? SAYA HARAP USTAZ DPT JELASKAN

[UST DON]
Wsalam..maaf sy reply lambat...harap dpt membantu...
Puasa pada hari ini, ialah PUAS SUNAT ARAFAH..satu ibadah yg digalakkan bukti dari hadith2 Nabi SAW yang mulia...
bagi mereka2 yang ingin berpuasa pada hari ini dlm keadaan dia ada puasa WAJIB iaitu PUASA QADA, maka, ada beberapa cara..

1)Puasa SUNAT ARAFAH dan QADA skali..
seperti yang kita dh sebut selama ni, puasa WAJIB boleh + dengan puasa SUNAT..
kaedah dia, niatkan PUASA QADA dulu..lps tu, lintaskan di hati utk puasaa skali SUNAT ARAFAH..boleh..hukum ini ada dlm kitab FURU' AL-MASA'IL..

2)Puasa SUNAT ARAH DULU..baru PUASA QADA
kenapa?? sbb puasa hari ini adalah SUNAT yang BERKAIT DENGAN MASA..maknanya, kalau esk ka lusa ka, bila2 ka..tak leh puasa ARAFAH melainkan hari ini..jadi, niat puasa ARAFAH dulu..baru QADA..
aik??bukan QADA ni puasa WAJIB ka??
betui, QADA puasa yg wajib..tetapi, puasa QADA TIDAK TERTAKLUK PADA MASA..maknanya, bila2 boleh buat dan mmg tempohnya setahun..so, dlm masa setahun tu, habiskan lah,.. bila?? bila2...ikut suka... :)
jadi, tak menjadi masalah nk pakai yg mana satu pun boleh... wallahu a'lam...

salam sejahtera

assalamualaikum wbt.
Esk raya haji,
Jgn lupa smyg snt aidiladha esk tau,
Pastu tgk lembu kene korban.

Ak tak taulah nak buat apa cuti nih,
seriously, ak tak tahu.
Byk masa ak buat prkr2 yg lagha.
Klu ak nak keluar rmh pun, aku just ble keluar dgn mak ak je.
Internet pun takle slalu on9 sbb laptop ni cpt sgt hbs batery,
Baca buku? nihla yg aku duk pkr, bk semua ak dh hbs baca..
korang ada suggestion tak nak bg aku,??

Hari wukuf

Assalamualaikum wbt.
esok hari wukuf kan?
Bestnyala sesiapa yg dpt puasa.
Korang semua jgn lupa puasa tau.

Sbb: "Bismillah, esok 9 Zulhijjah hari Wukuf sangat digalakkan untuk berpuasa. Ana berpesan kepada diri ana dan seluruh rakan fb yang beragama Islam serta seluruh umat Islam keseluruhannya untuk tidak melepaskan peluang berpuasa besok hari yang dijanjikan ganjaran pengampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang, insya Allah.. "


Dpt from FB group.


Hmm,.
Tak taulah saya nak kata apa.
Sy skrg nih ada mslh hati skt. hehe..
Tahla, sshla nak terima sesuatu yg org lain buat,
sshla nak terima ckp2 org yg haish.. tahla


-_- (fkr negative - Kene cubit nih!)


Okay, jgn hiraukan kata-kataku di atas.
Esk jgn lupa puasa ya..


Assalamualaikum wbt. Tata..

Thursday, 3 November 2011

Everyone should click this

Anyone who has FB account should watch this.
Click here

You will be feel like you are in someone's control.
Tryla.